SHAH ALAM – Seorang insan istimewa dikenali dengan panggilan Sarjan Alang kerana sering berpakaian seperti anggota polis kini bertukar profesion sebagai ‘anggota bomba’ pula.
Menerusi perkongsian video pemilik akaun Srieegetz di Facebook, pemuda itu menunggang sebuah motosikal skuter elektrik mengenakan uniform pasukan penyelamat itu dan lengkap bertopi keledar.