SHAH ALAM – Konflik antara Petronas dan Kerajaan Negeri Sarawak terus hangat diperdebatkan, dengan persoalan utama: siapakah pemilik sebenar sumber minyak dan gas yang terkandung di pelantar benua luar pantai Sarawak?
Menurut Seksyen 2 Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974, Petronas memegang hak pemilikan eksklusif ke atas semua sumber petroleum di daratan dan luar pesisir.