KOTA KINABALU – Dakwaan bahawa sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah berlangsung selama tiga bulan adalah tidak tepat, sebaliknya hanya diadakan dalam tempoh satu bulan iaitu pada Jun 2025.
Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan, Datuk Seri Joachim Gunsalam menjelaskan perkara itu selepas merujuk kepada kenyataan medianya pada Selasa lalu.