Sambal butter atau dikenali sebagai crispy chilli & garlic compound butter adalah sapuan alternatif untuk mereka yang menggemari hidangan roti bakar, selain menggunakan garlic butter, jem atau kaya.
Kalau garlic butter kita dah rasa sedap, sambal butter ini lagi enak kerana ada gabungan lemak mentega, bawang putih rangup dan juga pedas dari kepingan cili.