SHAH ALAM – Pengasas Richworks, Profesor Datuk Wira Dr Azizan Osman, mengambil pendekatan untuk tidak melatah atau beremosi selepas didakwa berdepan tuntutan saman berjumlah lebih daripada RM24 juta bersama tiga individu lain termasuk isterinya.
Sebaliknya, beliau akan mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk mempertahankan kebenaran serta maruah mereka.