KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa wang AS$248 juta telah digunakan untuk kepentingan peribadi Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu bagi membayar pembelian beberapa hartanah dan perbelanjaan berjudi.
Menerusi kenyataan pembukaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diperoleh media hari ini, syarikat itu dan tiga lagi mendakwa wang tersebut juga telah digunakan oleh Riza Shahriz serta sekutunya untuk membeli memorabilia filem selain membiayai filem keluaran Red Granite Pictures.