PELAKON terkenal Bollywood, Salman Khan sekali lagi menerima ancaman bunuh, kali ini menerusi mesej WhatsApp yang dihantar ke nombor rasmi Jabatan Pengangkutan Worli, Mumbai.
Menurut pihak polis, mesej tersebut mengugut untuk membunuh Salman Khan di kediamannya, Galaxy Apartments di Bandra, selain mahu meletupkan keretanya menggunakan bom.