Baru-baru ini, nama Sally Whoo, seorang pempengaruh media sosial terkenal, menjadi bualan ramai selepas memuat naik video unboxing pakaian untuk sepasang anak kembarnya di TikTok. Video itu mencuri perhatian warganet apabila ada yang mempersoalkan tindakan Sally membeli pakaian dalam kuantiti yang banyak.
Namun, tidak lama selepas itu, Sally tampil memberi penjelasan bagi meleraikan salah faham tersebut. Menurutnya, dia sudah menjangka akan timbul persoalan daripada orang ramai kerana pembelian pakaian bayi dalam jumlah banyak sering dianggap membazir.