Kualiti tumbuhan berpasu bergantung pada jenis tanah atau medium yang digunakan. Oleh sebab itu pemilihan jenis medium tanaman yang bakal digunakan adalah penting. Jika anda lebih gemar membeli medium tanaman yang terdapat di kedai atau nurseri, kenal pasti kandungan bahan yang terdapat pada pembungkus produk. Hal ini penting untuk memastikan tanah yang dibeli sesuai dengan keperluan tanaman. Terdapat dua perkara yang perlu dikenal pasti sebelum pembelian dilakukan.
Kebanyakan medium tanaman yang terdapat di pasaran mengandungi bahan seperti sphagnum peat moss, perlite atau vermiculite dan beberapa bahan kompos yang lain. Sphagnum peat moss berfungsi untuk mengekalkan kelembapan medium kerana ia mempunyai kadar resapan air yang tinggi.