SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa akan menentukan tarikh sesuai bagi mendengar taklimat siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku yang mengaitkan pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki.
Ujar Zaliha, siasatan melibatkan perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu sudah berada di peringkat akhir ketika ini.