KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mengumumkan tarikh 2 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi negeri ini sempena ulang tahun rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah yang jatuh pada Ahad.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri menetapkan bahawa apabila ulang tahun rasmi TYT jatuh pada hari Ahad, hari berikutnya iaitu Isnin, 31 Mac ini akan menjadi cuti kelepasan am.