Acara tahunan permotoran terbesar Malaysia, RXZ Members 7.0, bakal berlangsung pada hujung minggu ini di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu. Ribuan peminat dua roda dijangka membanjiri lokasi berprestij ini untuk meraikan jentera legenda Yamaha RXZ yang sudah sinonim dengan gaya hidup maskulin dan dunia permotoran tempatan.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi, RXZ Members menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), yang menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran kali ini. Malah, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa Kerajaan MADANI akan menyalurkan peruntukan awal RM100,000 bagi membantu kelancaran program.