KUALA LUMPUR – Petugas atau penjawat awam yang berkhidmat di Parlimen tidak akan terjejas dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Isnin lepas.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, melalui RUU berkenaan, perkhidmatan di Parlimen bakal menyaksikan pengasingan kuasa secara demokratik atau dikotomi antara Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) dan pentadbiran awam.