KUALA LUMPUR – Bacaan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 di Dewan Rakyat membuktikan kerajaan proaktif dalam membela suara dan hak pekerja sektor gig di negara ini.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, ia menjadi detik penting untuk mengiktiraf lebih 1.2 juta pekerja gig di seluruh negara melalui ekosistem ekonomi gig lebih adil, progresif dan inklusif.