Melumur kunyit pada bahan masakan yang hendak digoreng suatu perkara yang biasa kita lakukan. Penggunakan serbuk kunyit tersebut akan menjadikan masakan yang digoreng lebih menarik warnanya.
Pun begitu, tidak dinafikan kita juga sering berdepan dengan masalah untuk membersihkan bekas yang digunakan ketika menggaul ayam atau daging dan sebagainya dengan serbuk kunyit tersebut. Puaslah menyental, namun kesan kuning tetap juga kelihatan.