Selebriti versatil Alif Satar tidak menyangka percutiannya bersama keluarga ke England dan Scotland memberi ruang buat dirinya dan keluarga menyaksikan sendiri ‘perjalanan terakhir’ mendiang Ratu Elizabeth II. Kejadian tidak dirancang itu berlaku sewaktu Alif bersama isteri serta tiga orang anaknya baru sahaja tiba di bandar Edinburgh, Scotland dan sedang dalam misi mencari makan tengahari di bandar tersebut.