Pengarah merangkap penerbit rancangan berbentuk ‘variety’ popular Korea Selatan, Running Man mengesahkan kemasukan pelakon, Ji Ye Eun sebagai ahli terbaru program tersebut pada Isnin.
Choi Hyung mengumumkannya sewaktu temubual dalam talian bersama OSEN setelah pelakon tersebut terlebih dahulu berkongsi berita baik itu menerusi akaun media sosial, sehari sebelum.