PENGUMUMAN terbaharu mengenai kadar tarif import Amerika Syarikat (AS) terhadap Malaysia yang kini diturunkan kepada 19 peratus daripada kadar asal sebanyak 25 peratus jelas menunjukkan kejayaan rundingan yang strategik oleh kerajaan.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam sidang media pada Jumaat menegaskan bahawa Malaysia berjaya mempertahankan beberapa ‘garis merah’ penting demi melindungi kepentingan industri tempatan.