SHAH ALAM – Perkhidmatan rumah transit RM1 di Putrajaya kini ditawarkan kepada ahli keluarga pesakit barah yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya atau Institut Kanser Negara (IKN) untuk bermalam.
Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, rumah transit yang terletak di Presint 17 itu disumbangkan oleh seorang individu yang juga pemilik kediaman tersebut.