Terpesona melihat transformasi rumah lama yang berusia 40 tahun di Melawati ini.Kediaman jenis teres satu tingkat setengah (End Lot) berkeluasan 2500kp diberi wajah baru dengan sentuhan konsep English Victoria. Serba putih sungguh elegan dan memukau dengan setiap perincian reka bentuk pembinaannya.
Mempunyai 4 bilik tidur, loteng, balkoni, 2 ruang keluarga di tingkat atas dan bawah. Kediaman ini kini ‘berubah wajah’ menjadi 2 tingkat hasil idea kreatif daripada DOLF Studio.