KUBANG PASU – Sebuah keluarga di Kampung Bukit Berangan Mukim Binjal di sini terpaksa berteduh di rumah terbengkalai sejak kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran Jun tahun lalu.
Salmah Ismail, 62, berkata, rumah batu milik mereka itu dibina oleh suaminya sejak 1996 secara sedikit demi sedikit untuk keselesaan mereka sekeluarga.