Cantik Roti Jala warna hijau pastel ni. Ia adalah salah satu menu kegemaran ramai yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan biasanya dimakan bersama kuah kari atau Kuzi. Malah ia juga enak dinikmati bersama kuah manis seperti Serawa atau kuah manis. Bagi yang bercitara moden, cicah sos coklat pun boleh.
Biasanya untuk jamuan, Roti Jala dimasak dengan sukatan 1 kg tepung gandum gandum. Namun bagi yang nak masak dalam jumlah yang sedikit, boleh cuba resipi perkongsian saudari Marina Miskam ni. Guna 4 cawan tepung je.
Malah untuk warnanya, beliau juga kongsikan cara untuk mendapatkan warna hijau pastel. Biasanya roti jala ni warnanya kuning sahaja kan? Boleh adun 2 warna ni. Barulah lawa. Jom cuba!