Suka tengok cara Khatijah Tan dan suami, Nazri Andre yang saling melengkapi di antara satu sama lain. Meskipun sudah meniti usia 60an dan bergelar datuk serta nenek namun kemesraan mereka sebagai suami isteri tetap terjalin erat. Malah jelas terpancar sinar kebahagiaan pada wajah kedua-duanya.
Menerusi perkongsian di media sosial, pelakon veteran ini dilihat sering meluangkan masa berdua dan bergurau senda dengan cara tersendiri. Setiap foto yang dimuat naik juga disertakan dengan kapsyen menghiburkan. Lain macam ‘orang dulu-dulu’ tunjuk kasih sayang!