Pada bulan ini, Proton telah mengumumkan pelancaran tempahan untuk model sedan terbaharu mereka, Proton S70 2024. Dengan kehadiran ini, Proton S70 menjadi model keempat dalam jajaran Proton sejak bekerjasama dengan syarikat Geely, serta model sedan pertama sejak pelancaran Persona pada Ogos 2016.
Proton S70 dijana enjin 1.5 liter turbo tiga silinder sebaris jenis port-injection. Meskipun tanpa teknologi TGDI, enjin ini menawarkan hamburan kuasa sebanyak 150 PS dan daya kilas 226 Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.