PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob Friend dari Kanada sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya.
FAM dalam satu kenyataan berkata, Friend yang juga bekas pemain kebangsaan Kanada akan menjadi peneraju utama dalam struktur organisasi baharu bagi revolusi skuad Harimau Malaya.