KUALA LUMPUR – Inisiatif bantuan sosial seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), iaitu pelan negara untuk lima tahun akan datang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Payung Rahmah juga akan dipergiat melalui program-program utama seperti Jualan Rahmah, Menu dan Kafe Rahmah serta Bakul Rahmah yang membolehkan akses kepada makanan dengan harga berpatutan.