SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan akan menyertai pencalonan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk Tapak Lombong Bijih Timah Sungai Lembing, Pahang dan budaya perarakan Chingay serta tarian singa bagi persiapan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, sejumlah RM110 juta disediakan bagi melengkapkan kawasan pelancongan, menjalin kerjasama ekopelancongan dan menyokong pencalonan UNESCO.