KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya orang ramai boleh mendapatkan salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang hilang atau gantian sijil pada kadar RM10 di Program Dua Tahun MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.
Kakitangan MyStep Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Muhammad Zairil Aiman Yusri berkata, harga asal bagi penggantian sijil peperiksaan itu ialah RM30 dan ‘kadar istimewa’ itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.