KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$119.9 bilion pada 13 Jun 2025 daripada US$119.60 bilion yang dicatatkan pada 30 Mei 2025.
Dalam kenyataan pada Jumaat, bank pusat berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.