SHAH ALAM – Aktiviti Riuh Rewang yang akan diadakan pada Ahad ini sempena Karnival Rakyat Karangkraf dilihat mampu mengimbau tradisi lama dan memperkenalkan makanan rakyat kepada masyarakat khususnya generasi muda.
Pengurus Komunikasi Strategik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Noor Azreena Abdul Azizi berkata, semua sedia maklum golongan muda pada hari ini kurang gemar memilih makanan rakyat.