NILAI – Seramai 57 pengawal keselamatan merasakan tertindas apabila mendakwa majikan mereka masih belum menjelaskan tunggakan gaji 12 hari berserta tuntutan RM4,000 seperti mana diarahkan oleh Jabatan Tenaga Kerja(JTK).
Keadaan itu menyebabkan sebahagian mereka hidup dalam keadaan tertekan, malah ada yang terpaksa meminjam along bagi menjelaskan sewa rumah dan segala bil, sementara menunggu wang tersebut diterima.