RINGGIT merupakan antara mata wang yang sedang menunjukkan prestasi terbaik pada peringkat global, mengukuh kepada 14.4 peratus berbanding dolar AS pada suku ketiga 2024 dan 11.4 peratus pada asas sejak awal tahun sehingga kini, menurut Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM).
Mata wang tempatan dibuka lebih kukuh kepada 4.2845/2950 dan meneruskan momentum menaiknya untuk ditutup kepada 4.2800/2830 berbanding dolar AS pada jam 6 petang hari ini berbanding paras penutup 4.2850/2895 pada Selasa.