KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di hampir semua negeri sehingga jam 5 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 1.20 tengah hari memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Johor.