SHAH ALAM – Kejadian ribut yang berlaku di beberapa negeri ketika ini berpunca daripada perubahan angin bayu laut dan bayu darat, bukannya disebabkan sebarang fenomena luar biasa atau musim monsun.
Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan dan Institut Sains Samudera dan Bumi Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, fenomena itu menyebabkan ribut lazimnya berlaku di pesisir pantai pada waktu tengah hari dan berpindah ke kawasan laut pada waktu malam.