SYDNEY – Beribu-ribu kuda liar ditakai di kawasan pergunungan timur Australia dalam usaha kontroversi untuk mengawal populasi haiwan itu demi melindungi alam sekitar, lapor Agensi Berita Jerman dpa memetik Australian Associated Press (AAP) pada Isnin.
Kuda liar yang dikenali sebagai ‘brumby’ menghuni Taman Negara Kosciuszko di Pergunungan Snowy, New South Wales (NSW) selama 200 tahun dan menjadi sebahagian daripada warisan budaya Australia yang diabadikan dalam puisi, lagu, novel serta filem.