Sudah agak lama tak bersua Anzalna, sekadar mengikuti perkembangan dirinya melalui media sosial. Ibu jelita berusia 34 tahun itu khabarnya berbadan dua dan lebih menggembirakan, sudah berhijrah memakai hijab sepenuh masa.
Hendak dijadikan cerita, akhirnya berjumpa juga Anzalna dalam majlis pelancaran kempen Rantaian Kasih di Pavilion Bukit Jalil. Siap berbaju raya serba hijau lagi, selari tema beraya di desa seperti di bilik pameran HABIB.