Tercari-cari menu yang mudah tapi sedap untuk dihidangkan untuk keluarga? Apa kata cuba resipi Sup Wantan homemade ni. Bahan-bahannya sangat ringkas sahaja namun rasanya begitu membuka selera. Malah anda juga mempelbagaikan inti mengikut selera. Boleh tambah cendawan, tauhu dan bermacam-macam lagi. Menu ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Andai dibeli, harganya boleh tahan. Tapi dengan adanya resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ini, anda boleh masak dengan kos yang jauh lebih murah. Jom cuba!