Sebaik melangkah masuk ke bulan Ramadan, pastinya menyediakan menu dan juadah buat anak-anak menjadi perkara paling menggembirakan buat ibu. Berkreatif dengan makanan demi memenuhi permintaan anak-anak dan suami.
Puding antara menu ringkas tetapi berjaya membuka mata ketika hidangan diletakkan di atas meja. Hari istimewa ini apa kata kita sediakan Puding Kelapa Pandan istimewa ini untuk berbuka. Sedap!