Popia sira sambal yang sedap ialah bila rasanya cukup pedas dan manis. Gabungan rasa yang cukup sempurna bagi mendapatkan rasa popia sira sambal yang sedap! Ramai yang sukakannya. Tekstur popia yang rangup, ditambah pula dengan sos yang pedas-pedas manis, memang enak dikunyah.
Makan satu memang tak cukup. Bagi anda yang tercari-cari resipi popia sira Sambal yang sedap dan mudah disediakan, resipi perkongsian saudara Zaky Mat Ali Ini antara yang boleh dicuba. Pasti puas hati!