Nasi ulam merupakan menu yang sedap dan mudah untuk dibuat. Nasi ulam bukan sahaja enak untuk dimakan, malah ia kaya dengan pelbagai khasiat. Bila tiba bulan puasa, memang sedap berbuka dengan menu nasi ulam.
Nasi putih yang digaul bersama pelbagai jenis ulam-ulaman kampung serta rencah ini ternyata sangat mudah dihasilkan. Malah rasanya yang enak juga membuatkan ia menjadi kegemaran ramai. Nak lagi sedap, guna banyak ulam-ulaman yang berbau wangi. Memang lagi berselera.