Bagi anda yang punya anak-anak yang tidak suka sebarang ‘bendasing’ dalam makanan, boleh cuba resipi Nasi Goreng Sosej perkongsian saudari Jamaliiah Kamal ni. Bendasing yang dimaksudkan itu tidak lain tidak bukan, adalah bawang dan sayur. Ada juga ibu-ibu yang suka mengisar lumat bahan-bahan ini, namun bila nak cepat, jenuh juga nak kisar satu-satu. Namun begitu sayur ni penting untuk melengkapkan nutrien yang diperlukan oleh badan. Sedikit demi sedikit boleh latih anak-anak untuk suka dan menerima. Tapi ibu-ibu kena la sedikit sabar dan kreatif untuk pikat selera mereka. Insya Allah, lama-lama mereka juga boleh terima.