Merujuk kepada International Food Information Council 2013, sarapan boleh meningkatkan metabolisme manakala pengambilan sarapan sihat akan meningkatkan metabolisme dan membuatkan tubuh bekerja lebih keras selepas semalaman tanpa makanan.
Namun tidak dapat dinafikan, ramai individu tidak mengambil sarapan disebabkan kesuntukan masa dan ada pula langsung tidak berminat menjamah makanan kerana sudah terbiasa dengan perut kosong setiap pagi. Ada juga yang langsung tidak mengambil sarapan kerana sedang berdiet.