Nasi minyak selain dimakan dengan ayam masak merah, ia juga enak dimakan dengan gulai ayam. Malah di Terengganu hidangan nasi minyak memang kebiasaannya dihidang dengan gulai ayam atau dipanggil khemok ayam.
Gulai ini memang lain rasanya berbeza berbanding gulai ayam biasa kerana penggunaan rempah khusus yang popular di Terengganu. Bagi yang pernah merasai pasti takkan lupa kesedapannya. Jika mahu menikmatinya kembali boleh cuba memasaknya sendiri mengikut perkongsian Muliadi Ramli.