Dah masuk beberapa hari beraya ni, nak rehat sekejap dari menikmati juadah berat seperti rendang dan lemang. Kalau boleh nak makan yang rigkas je, panas-panas untuk buat tekak rasa selesa.
Salah satu menu yang sesuai adalah bubur nasi. Ada banyak jenis resipi dan boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing. Ada yang sukakan bubur kosong tapi ada juga yang gemar makan bersama lauk-pauk.