Hidangan istimewa hari raya tidak semestinya rendang bersama nasi impit dan lemang semata-mata. Kalau nak hidangkan pencuci mulut seperti kek pun boleh juga. Untuk elakkan rasa muak sebab dah makan banyak menu raya, bolehlah buat kek pisang dengan yogurt ini.
Resipi menarik yang dikongsikan oleh Danish’s Red Kitchen ini tidak susah untuk dibuat. Masih sempat lagi nak cari barang-barang untuk menghasilkan kek ini.