TUMPAT – Seorang imam di Masjid Teluk Renjuna di sini sanggup meredah arus sungai setiap hari sejak sembilan tahun lalu untuk mengimamkan solat jemaah di masjid itu.
Mohd Amin Zulkahar Saari, 35, yang tinggal di Jubakar Pantai akan memandu kereta antara 15 hingga 20 kilometer (km) untuk ke Jeti Kok Pasir sebelum menaiki bot ke Pulau Teluk Renjuna.