Litar Sachsenring, Jerman, tampak tidak memihak Hakim Danish Ramli selepas terlibat dengan insiden awal yang mengakibatkannya terpaksa menamatkan perlumbaan 2 Red Bull MotoGP Rookies Cup, malam tadi di kedudukan ke-18.
Meskipun bermula dengan baik dalam pusingan kelima itu, Hakim Danish yang berada di kedudukan kelompok utama berdepan detik cemas selepas hilang kawalan jentera lalu terlanggar tayar belakang pelumba di hadapannya dalam selekoh pertama.
Tetapi insiden itu tidak mematahkan semangat juangnya yang bangkit dengan pantas untuk meneruskan perlumbaan walaupun sudah jauh ketinggalan.