< Kembali

Realme Note 70 Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM449

Teknologi
AMANZ
20 Hari

Realme Note 70 kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga RM449. Model ini merupakan kemas kini kepada versi sebelumnya Note 60 dengan tumpuan terhadap kapasiti bateri yang lebih besar.

Realme Note 70 hadir dengan skrin IPS LCD 6.7 inci HD+ 90Hz. Ini dipadankan dengan cip Unisoc T7250, memori 6GB RAM serta storan dalaman 128GB. Selain itu, ia menawarkan kamera utama sebesar 13MP dan swafoto 5MP. Peranti juga dilengkapi bateri berkapasiti 6000mAh dengan pengecasan 15W. Ia diikuti dengan dua pilihan warna iaitu Obsidian Black dan Beach Gold.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI