Realme melancarkan variasi baharu telefon pintar daripada generasi C75 pada Selasa. Harga jualan rasmi adalah RM699 (8/256GB) dengan ketersediaan bermula 18 Disember 2024. Setiap pembelian Realme C75 didatangkan dengan kaca pelindung secara percuma.
Realme C75 tampil dengan skrin LCD FHD+ (2400 x 1080 piksel) sebesar 6.72-inci dengan kadar segar semula 90Hz. Ini digabungkan dengan cip MediaTek Helio G92 Max, memori 8GB RAM, storan dalaman 128/256GB dan menjalankan Realme UI 5.0 berasaskan Android 14.