< Kembali

Realme C71 Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga RM499

Teknologi
AMANZ
42 Hari

Realme C71 ditawarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga jualan RM499 (6/128GB). Jualan pertama peranti bermula 13 Jun hingga 12 Julai 2025 dengan tawaran istimewa termasuk pelindung skrin percuma serta jaminan lanjutan selama satu tahun bernilai RM169. Ia boleh didapati melalui semua pengedar rasmi Realme Malaysia sama ada secara atas talian atau di kedai fizikal.

Realme C71 hadir dengan cip UNISOC T7250, skrin 6.67-inci HD+ 120Hz, dan kamera 50MP AI bersama swafoto 5MP. Ciri Pulse Light menawarkan 9 pilihan warna dan 5 jenis kerlipan untuk pengalaman lebih menarik.  Bateri 6300mAh disediakan menyokong sistem pengecasan pantas 45W bagi memastikan penggunaan yang berpanjangan.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI